Syaikh Nashiruddin Albani Kafirkan Syaikh Bin Baz dan Tuwaijiry

.

Mufti BEN BAZ&Tuwaijiry adalah KAFIR&MUSYABBIH- kata Al-Bani (berbukti)

.

.

AL-ALBANI AL-WAHHABI KAFIRKAN BEKAS MUFTI SAUDI BEN BAZ AL-WAHHABI

Seorang tokoh agama baru agama Wahhabi bernama Nasiruddin Al-Albani yang menjadi nabi kepada agama Wahhabi telah menghukum KAFIR ke atas seluruh Wahhabi khususnya pengarang buku Wahhabi yang terkenal bernama Al-Tuwaijiry dan Abdul Aziz Bin Baz kerana menyamakan Allah dengan makhluk dan merujuk dhomir kata ganti nama dalam hadith Nabi dengan cara yang salah dan terpesong.

At-Tuwaijiry merupakan penulis buku Wahhabi yang banyak mengunakan dalil dari ucapan Yahudi untuk menyamakan Allah dengan makhluk dan Abdul Aziz Bin Baz yang merupakan bekas Mufti Saudi pula memuji bukunya dan menyokong sepenuhnya dengan menyatakan bahawa dhomir tersebut kembali kepada Allah dan dengan itu Al-Albani telah menghukum KAFIR ke atas kedua-duanya sekali kerana sepatutnya dhomir itu kembali kepada nabi Adam. Maha suci Allah dari menyerupai nabi Adam dan makhluk lain.

DOWNLOAD KENYATAAN AL-ALBANI TERSEBUT DISINI: KLIK

http://albrhan.org/portal/index.php?show=sounds&op=download&id=339

Sekiranya anda telah download rakaman itu sila fokuskan pada pentakfiran Al-Albani Al-Wahhabi keatas Wahhabi At-Tuwaijiry termasuk Ben Baz bekas Mufti Saudi yang menyokong Al-Tuwaijiry. Sila fokus pada minit 12 hingga tamat.

Wassalam

WAHHABI MUJASSIM DAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG



( BUKTI WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK, WAHHABI MENDAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG ).Disusun oleh: Abu Syafiq ( Call lah saya untuk berbincang 012-2850578 )

ORANG YAHUDI JUGA MENDAKWA BERIMAN KEPADA ALLAH. TETAPI “ALLAH” BAGI ORANG YAHUDI ITU ADALAH YANG BERANAK DAN BERJISIM. WAHHABI TURUT MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MENYIFATKAN ALLAH SERUPA DENGAN MAKHLUK, ALLAH DUDUK ATAS KERUSI, ALLAH ADA BAYANG-BAYANG, ALLAH BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG DAN PELBAGAI LAGI DARI AQIDAH TAJSIM.

Umat Islam tidak cukup dengan tosokkan kuat datang dari Yahudi sendiri kini agennya pula sering menyerapkan aqidah tajsim menyamakan Allah dengan makhluk.Wahhabi bukan sahaja mendakwa Allah mempunyai telinga dan mulut. Wahhabi juga menyamakan Allah dengan mendakwa Allah ada BAYANG-BAYANG.
Makhluk macam manusia ada bayang2, matahari pun ada bayang2 dan bayang-bayang bukan sifat kesempurnaan tetapi menunjukkan kepada sifat lemahnya makhluk tersebut. Maka bayang-bayang adalah sifat makhluk BUKAN sifat bagi Tuhan Yang Maha Esa.

Cukup pelik kerana Wahhabi mendakwa sebagai Salaf ( hakikatnya bukan Salaf tapi Mujassim) Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak pernah dinyatakan oleh mana-mana ulama Islam termasuk ulama Salafi sebenar mahupun ulama Khalaf.
Tidak ada ulama Islam seorang pun yang menyifatkan Allah dengan sifat BAYANG-BAYANG…cukup pelik jijik dan hina Wahhabi ini.

WAHHABI DENGAN LIDAH DAN PENGAKUAN ABDUL AZIZ BIN BAZ MENDAKWA ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN SIFAT ALLAH BERBAYANG-BAYANG.

Bin Baz apabila ditanya adakah Allah mempunya bayang-bayang? lantas Bin Baz menjawab Allah ada bayang-bayang dan bersifat dengan sifat bayang-bayang yang mempunya bentuk dan rupa.
Rujuk: http://www.binbaz.org.sa/mat/4234

Inilah bukti aqidah Wahhabi telah diresapi dengan falsafah Mujassimah.
Subhanallah…bukan kesemua nas yang disandarkan sesuatu itu kepada Allah maka ianya sifat bagi Allah.TIDAK!. Tetapi hendaklah dilihat pengertian yang mengikut konsep akidah Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Allah ta’ala menyandarkan pada diriNya Ruh..adakah kita nak sifatkan Allah dengan sifat RUH…Ini dah jadi mcm Kristian mendakwa Allah adalah RUH MUQADDAS.Maha suci Allah dari disifatkan dengan ruh.

* AQIDAH ‘ ALLAH ADA BAYANG-BAYANG DAN BERSIFAT DENGAN BAYANG-BAYANG’ ADALAH AQIDAH KARUT MARUT ISRAILIYYAT BUKAN AQIDAH ISLAM.

Semoga Allah menetapkan kita dalam aqidah Tanzih dan memberi hidayah aqidah kepada golongan Wahhabi.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com